top of page
WhatsApp Image 2022-07-25 at 4.28.15 PM.jpeg

Selamat Datang

Kesihatan merupakan anugerah Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah yang wajib dipertahankan hingga ke akhir hayat namun sayangnya dalam kehidupan moden tidak ramai yang benar-benar menghargai nikmat ini.

 

Statistik kematian akibat penyakit jantung menunjukkan angka yang semakin menggerunkan akibat gaya hidup tidak sihat. Dianggarkan dalam setahun, satu pertiga penduduk dunia meninggal dunia akibat penyakit jantung dan ia masih menjadi pembunuh utama di Malaysia tanpa mengira jantina.

 

Bagi memastikan masyarakat mampu mendapat kualiti hidup yang lebih baik, Qalby Wellness diasaskan oleh Dr Siti Hawa Abdul Karim menyediakan rawatan alternatif buat individu yang berhadapan dengan masalah tersebut Rawatan alternatif ECP bukan sahaja untuk individu berpenyakit jantung, malah buat semua golongan yang ingin mengekalkan kesihatan.

MEMPERKENALKAN TERAPI Ecp

Terapi ECP memberi peluang setiap individu meningkatkan peredaran darah sekaligus mencapai kesihatan optimum! Terapi ini memberi efek terhadap kardiovaskular, pemulihan sukan dan meningkatkan kualiti kehidupan! Peredaran darah yang baik penting untuk kesihatan yang baik. Ia merupakan cara darah menyalurkan oksigen, nutrien, antibodi dan bahan lain yang sel perlukan untuk menyokong, membaiki dan melindungi tubuh. Ia juga menghilangkan toksin dan menghalang pengumpulan bahan berbahaya. Meningkatkan kecekapan jantung dan saluran darah melalui peredaran darah yang lancar dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan yang serius dan memanjangkan hayat setiap individu!

WhatsApp Image 2022-07-26 at 5.39.43 PM.jpeg
Pengenalan

SERVIS KAMI

PENGALAMAN YANG SANTAI DAN PERIBADI

Keperluan setiap individu adalah berbeza. Sebab itu Terapi ECP dicipta bersifat peribadi di mana setiap pesakit dinilai secara terperinci bagi menentukan program yang sesuai dengan keperluan mereka! Antara manfaat yang dilaporkan termasuk peningkatan tahap tenaga, kemampuan melakukan senaman dan kecergasan

JANTUNG SIHAT,  LEBIH KUAT & LEBIH LAMA

Terapi ECP  terbukti menjadikan jantung dan saluran darah lebih kuat dan meningkatkan peredaran darah dengan ketara. Ia meningkatkan kualiti hidup keseluruhan untuk beberapa tahun selepas itu.

TEKNOLOGI YANG DIPERCAYAI, SELAMAT, TERBUKTI SECARA KLINIKAL

Terapi ECP merupakan inovasi perubatan yang terbukti secara klinikal dan diperakui untuk membantu pesakit jantung bagi rawatan angina stabil kronik (sakit dada akibat bekalan darah yang lemah ke jantung) sebagai sebahagian daripada rawatan pemulihan mereka. Ia adalah rawatan yang selamat, tanpa bedah dan merupakan pengalaman yang selesa dan menenangkan. Sehingga kini, lebih daripada 300 kajian telah diterbitkan menunjukkan manfaat berpanjangan.

QALBY BANNER 2_edited.jpg

Contact Us

Qalby Wellnenss Centre
 

QALBY WELLNESS CENTRE SDN. BHD.
202201015786 (1461483-M)
G03, SIMFONI 1, JALAN 3/20
TAMAN ANGGERIK PERDANA
43500 SEMENYIH, SELANGOR

Tel: 019-692 8500

​

Hubungi Kami
bottom of page